Dulu HEIGHT UP untuk menambahkan ketinggian.
Lepas tu, CMD untuk mengurangkan berat.
Sekarang ni, terbaru!
KILO-UP!
Menambahkan berat.
-chewable tablet
Jom try siapa yang nak naikkan berat tu boleh la ye!
Nanti tempek testimoni masing-masing okey! ;)
Wednesday, 20 April 2016
Santai pagi. *
A: Apa ja yang kau tak tahu?
Semua benda kau tahu..
B: Ada la..yang aku tak tahu, kau je tak tahu.. Hehe
A: Apa dia?
B: Tak tahu malu.. Hehe
"Tak tahu banyaklah bertanya, bukan duduk terkinja sini sana." Okey, boleh?
Nak cari ilmu, dekatkan diri dengan orang berilmu terutama ulama' Islam. Pegang Al-Quran dan Hadis di hati demi syariat dan kerohanian diri. InshaaAllah bahagia duniawi hingga ukhrawi. ✨
"Syariat dan kerohanian diri perlulah berdiri sekali agar tidak runtuh tauhid Illahi."
"Dakwah atau nasihat itu perlulah bermula dengan 'sentuhan hati' kerana syariat tidak akan terlaksana jika hati tidak berkehendak."
19-04-16 ; 12:07
A: Apa ja yang kau tak tahu?
Semua benda kau tahu..
B: Ada la..yang aku tak tahu, kau je tak tahu.. Hehe
A: Apa dia?
B: Tak tahu malu.. Hehe
"Tak tahu banyaklah bertanya, bukan duduk terkinja sini sana." Okey, boleh?
Nak cari ilmu, dekatkan diri dengan orang berilmu terutama ulama' Islam. Pegang Al-Quran dan Hadis di hati demi syariat dan kerohanian diri. InshaaAllah bahagia duniawi hingga ukhrawi. ✨
"Syariat dan kerohanian diri perlulah berdiri sekali agar tidak runtuh tauhid Illahi."
"Dakwah atau nasihat itu perlulah bermula dengan 'sentuhan hati' kerana syariat tidak akan terlaksana jika hati tidak berkehendak."
19-04-16 ; 12:07
√ Kita digalakkan membaca selawat Nabi ketika duduk tahiyat akhir dalam solat dan Surah al-Mulk bagi melindungi kita dari azab kubur.
√ Tika doa setelah usai setiap solat, bacalah "Allahumma Ajirna Minannar", moga dijauhi dari percikan api neraka Allah.
√ Setelah usai setiap solat (tertib), bacalah ayatul Kursi bagi memudahkan lafaz syahadah saat kematian. Moga akhir hidup muslimin dan muslimat dalam khusnul khatimah bukan su'ul khatimah.
#share
#Muslimcare;)
19-04-16 ; 12:34
√ Tika doa setelah usai setiap solat, bacalah "Allahumma Ajirna Minannar", moga dijauhi dari percikan api neraka Allah.
√ Setelah usai setiap solat (tertib), bacalah ayatul Kursi bagi memudahkan lafaz syahadah saat kematian. Moga akhir hidup muslimin dan muslimat dalam khusnul khatimah bukan su'ul khatimah.
#share
#Muslimcare;)
19-04-16 ; 12:34
Amalan BOCOR.
Umpama air jernih terisi dalam sebuah bekas tapi BOCOR. 💧💦
1: Solat, sedekah, baca Al-Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali. TAPI, sering memfitnah dan mengumpat orang lain...Ia umpama bekas yang BOCOR..
2: Bangun tahajjud, berpuasa dan taat kepada Allah. TAPI, putuskan silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci...Ia umpama bekas yang BOCOR..
3: Berkorban masa, wang ringit dan tenaga demi anak-anak, suami/isteri. TAPI, sering merungut...Ia umpama bekas yang BOCOR..
4: Kuat beramal membaca Al-Quran, berzakat, berzikir pagi dan petang. TAPI, menyakiti hati orang lain serta menyinggung perasaan mereka dengan sengaja...Ia umpama bekas yang BOCOR..
Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perkataan dan perbuatan kita yang buruk. Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak.
Jaga hati, bersihlah perkataan dan perbuatan. Ilmu berkuantiti, amal berkualiti. Moga segala amal kita memperoleh rahmat dan redha dariNya. InshaaAllah. :)
19-04-16 ; 13:29
Umpama air jernih terisi dalam sebuah bekas tapi BOCOR. 💧💦
1: Solat, sedekah, baca Al-Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali. TAPI, sering memfitnah dan mengumpat orang lain...Ia umpama bekas yang BOCOR..
2: Bangun tahajjud, berpuasa dan taat kepada Allah. TAPI, putuskan silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci...Ia umpama bekas yang BOCOR..
3: Berkorban masa, wang ringit dan tenaga demi anak-anak, suami/isteri. TAPI, sering merungut...Ia umpama bekas yang BOCOR..
4: Kuat beramal membaca Al-Quran, berzakat, berzikir pagi dan petang. TAPI, menyakiti hati orang lain serta menyinggung perasaan mereka dengan sengaja...Ia umpama bekas yang BOCOR..
Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perkataan dan perbuatan kita yang buruk. Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak.
Jaga hati, bersihlah perkataan dan perbuatan. Ilmu berkuantiti, amal berkualiti. Moga segala amal kita memperoleh rahmat dan redha dariNya. InshaaAllah. :)
19-04-16 ; 13:29
Tuesday, 19 April 2016
FENOMENA SERUM WAJAH.💣👄
19-04-16 ; 14:13
Kami peminat tegar Serum wajah.
Kes-nya sebab tak rajin nak tempek toner, mosturizer, sunblock dalam satu masa. Lenguh jari. Tambahan ia menyukarkan kita hendak ambil wudhu untuk solat kalau dah tebal bercapuk di wajah. Serum ni sebenarnya dia ada segala keperluan penting untuk wajah. Jadi, kat pasaran sekarang ni dah keluarkan pelbagai serum. Elakkan la ya serum jenis berminyak [AWAS!].❗
Kami cadangkan beberapa serum yang berkualiti tinggi iaitu: O2max3 keluaran Rafa World dan Skinelle yang meletup-letup tu! Harga memang berbaloi dengan kualiti produk dan efek pun ewah! [Cuba sendiri baru tahu]. Bagi yang punya wang lebih, sekali-sekala tu boleh la belanja untuk diri kalau nak la kan..Ada yang terbaru ni, nama Lindskin Serum. Jom! godek info pasal serum ni. Hehe
19-04-16 ; 14:13
PICTURE CREDIT TO : GOOGLE

Dunia ni tiada apa yg perlu dikejar kerana apa yg kita lakukan hari-hari sebenarnya perkara yg sama cuma jalan cerita atau situasi itu berbeza kerana ada ruang waktu yg berbeza.
Setiap hari kita dikelilingi perkara atau aktiviti yg sama, cuba lihat: mandi, kerja, belajar, makan, minum, jalan-jalan..dunia ini pabila kita berada di titik A dan ingin ke titik B kemudiannya boleh berpatah balik ke titik A.Melainkan akhirat sentiasa ke depan dan banyak perkara yg boleh diterokai selain apa yg ada di dunia ini.Terlalu luas tidak terjangkau apa yg ada di dunia ni.Dunia ibarat jari yg dicelupkan dlm lautan, air yg melekat pada jari itulah dunia.selebihnya akhirat yg luas.Siapa yg kejar akhirat dia akan dapat menikmati kedua-duanya sebaliknya siapa yg kejar dunia dia tidak dapat akhirat yg kekal itu.Tangan untuk dunia, hati untuk akhirat.
✨
13-04-16 ; 14:08
Allahlah punya rencana dan perbuatan di setiap ujian-ujianNya.
Allah memisahkan/mengambil sesuatu setelah kita bersedia dan juga mempertemu/memberi setelah kita bersedia.
Dia turunkan hujan, kemudian Dia beri pelangi yg sangat indah. Di ketika itu, kita tahu betapa sayangnya Allah pada diri kita.Dia tidak akan sesekali mengecewakan kita.Dia sangat sayang diri kita.Jangan putus asa dan kecewa kerana ketahuilah bahawa tiap sesuatu itu tidak akan kekal.Jika Dia mentakdirkan ia dipisahkan/diambil dari kita, kita harus menerimanya dengan tabah dan ikhlas..
Dia Maha Mengetahui akan diri kita lebih dari diri kita sendiri.
RencanaNya adalah yang terbaik.√
13-04-16 ; 14:10
Apa lah guna solat 5 waktu, puasa, zakat, haji/umrah, solat sunat, puasa sunat, sedekah, tutup aurat, taat suami, taat mak ayah, erat silaturrahim, belajar ilmu dan lain-lain bermanfaat tetapi jiwa masih punyai dengki, sombong, bakhil, aibkan orang lain, menunjuk-nunjuk,meremehkan orang lain, buruk sangka, bengis, malas, ungkit dan lain-lain. Sia-sia sahaja segala amal-amal baik itu semua, terbang begitu sahaja.
Satu titik kejahatan yg kita lakukan akan menerbangkan satu kebaikan yg kita lakukan dan menambah satu rasa berat di hati.Rasa berat itulah sebenarnya adalah kejahatan yg kita lakukan tanpa kita sedar melalui hati kita ini.
Rasa berat itu jugalah akan mendorong kita berasa sukar dalam setiap perkara, mudah lupa, kurang istiqamah dan sebagainya..Setiap orang perlu 'check' where's your mistake?? Terlalu banyak khilaf kita yg tidak kita nampak.Ia adalah perkara seni terlalu halus...
20-04-16 ; 14:23
Pekerjaan paling mulia di sisiNya ialah mengajarkan ilmu.Kita bakal memperoleh manfaat dunia dan juga akhirat terutamanya.
Kaedah mencari ilmu:
1)menonton
2)mendengar
3)membaca
4)mengajar/dakwah
Gunalah pancaindera zahir dan batin untuk mencapai sesuatu ilmu.Pelbagai ilmu Allah yg tidak terjangkau dek akal fikiran manusia yg lemah dan lalai.Antara ilmu Allah iaitu ilmu laduni/ilham, ilmu kasyaf, ilmu makrifat, ilmu hakikat, ilmu, tarekat, ilmu syariat dan sebagainya.Ilmu ini semua mestilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Selain itu, hadis-hadis Nabi, Ijmak, Qias dan sumber-sumber dari para ulama'.
✨
13-04-16 ; 14:15
"Kamu sangat manis."
"Kamu sangat ayu."
"Kamu sangat comel."
"Kamu sangat ayu."
"Kamu sangat comel."
Baik Adam mahupun Hawa, kamu semua memang tercipta sangat indah.
Manis, ayu dan comel itu sebenarnya cantik/tampan. Namun, gelaran itu dibezakan kerana keindahan itu bervariasi rupa dan bentuk. Allah itu kan Maha Indah dan Maha Luas, jadi keindahan makhluk dan alam itu juga sangat luas. Namun, tiada guna punya keindahan jasmani, hati nurani kotor dan sempit. Hanyalah suatu yang sia-sia. Tambah ilmu, perbaiki akhlak, Cantik hati, cantik hakiki.
Manis, ayu dan comel itu sebenarnya cantik/tampan. Namun, gelaran itu dibezakan kerana keindahan itu bervariasi rupa dan bentuk. Allah itu kan Maha Indah dan Maha Luas, jadi keindahan makhluk dan alam itu juga sangat luas. Namun, tiada guna punya keindahan jasmani, hati nurani kotor dan sempit. Hanyalah suatu yang sia-sia. Tambah ilmu, perbaiki akhlak, Cantik hati, cantik hakiki.
08-04-16 ; 15:50
Penipuan adalah salah satu bentuk kezaliman atau penganiayaan terhadap orang lain. Namun, penipuan juga dibenarkan misalnya dalam situasi begini, pabila seseorang yang dikejar penjahat orang itu bersembunyi di sekitar rumah kamu dan kamu tahu akan hal itu. Ketika penjahat itu bertanyakan tentang keberadaan orang itu, ya waktu itu kamu harus menipunya demi menyelamatkan orang yang dikejar tadi. (Tujuan: keselamatan). Jadi, ia dibenarkan. √
08-04-16 ; 16:20
√Sapa pandai goreng ayam, dah boleh jual tepi jalan, orang serbu, duit pun beribu-ribu.
√Sapa pandai jahit, dah boleh buka butik pakaian, hari-hari orang pakai baju, duit masuk tau jangan ingat jual baju tak laku, tak cuba tak tahu.
√Sapa pandai 1 2 3, boleh ajar budak tadika, yang tak tahu kira, dapat duit ke tak belakang kira janji dapat pahala. Ye dak? Hehe
Sapa pandai-pandai ja yang tak dapat apa-apa. Ye ke? Ada 'sayap' rajin-rajinlah 'terbang' cari rezeki ya.
Ada kemahiran, boleh buat duit sendiri. Tanya diri kemahiran apa yang ada? Setiap orang punya kekuatan dan kelebihan diri. Terpulang nak cari atau biar pergi.
09-04-16 ; 15:11
Jangan umpat sesama sendiri
Syariat sudah diberi
Mengapa tak ikuti?
Di mana letaknya hati?
Hidupkan hati yang jelas telah mati.
Allah hanya menyertai orang-orang yang menyucikan hati. Bila mana hati bersih, doa itu lebih tajam. Doa yang terus terangkat tanpa dibatasi iaitu doa seorang ibu, doa seorang musafir, doa ketika perang dan doa orang yang dizalimi. Ketahuilah bahawa bila mana orang yang dizalimi itu meminta kepada Allah kelak musibah Allah itu menimpa penzalim secara tunai di dunia ini. Manakala di akhirat kelak, ditahan di atas sirat di gardu (pos) ke 7 iaitu persoalan tentang hubungan manusia sesama manusia tika di dunia. Jika manusia tidak berjaya di sini, pintu jahannam sedia menerima manusia untuk diseksa derita. Baikilah hubungan kita sesama sendiri, jangan menghukum, kerana kamu itu siapa? Kamu juga manusia yang punya khilaf diri. Yang berhak itu hanyalah Dia yang Maha Agung lagi Maha Suci.
10-04-16 ; 24:11
Tak mengapa jangan bimbang bila mana kamu diaib dan dicaci, kamu sedang menerima pahala orang itu dan orang itu sedang menerima dosa kamu.
Hidup mereka di dunia akan terasa beban kerana dosa itu manakala hidup kamu berasa aman kerana hati ringan. Di akhirat pula, segalanya tersingkap jelas paparan hati manusia yang tersembunyi iri dan dengki.
Hidup mereka di dunia akan terasa beban kerana dosa itu manakala hidup kamu berasa aman kerana hati ringan. Di akhirat pula, segalanya tersingkap jelas paparan hati manusia yang tersembunyi iri dan dengki.
Bersihkan hati, hati bersih hidup tenang. Orang beri api, kamu beri air.
Api itu merosakkan, air itu menyejukkan. Segala tamparan negatif yang tidak kira masa dan tempat dari manusia itu adalah syaitan yang sedang memandu hati manusia untuk mencetuskan kisah 'perang'. Jangan pernah undur, lawan dengan bicara yang positif dan berkualiti tinggi kerana syaitan takut akan hakikat yakni kebenaran yang dihujani.√
Api itu merosakkan, air itu menyejukkan. Segala tamparan negatif yang tidak kira masa dan tempat dari manusia itu adalah syaitan yang sedang memandu hati manusia untuk mencetuskan kisah 'perang'. Jangan pernah undur, lawan dengan bicara yang positif dan berkualiti tinggi kerana syaitan takut akan hakikat yakni kebenaran yang dihujani.√
09-04-16 ; 23:33
Bagaimana ingin tahu hati manusia itu makin bersih? Setiap perkataan dan perbuatannya hanyalah yang positif lagi membina bukan yang negatif dan menghina. Punya hati yang bersih itu, kamu peroleh pelbagai keistimewaan dari Allah iaitu ilmu mudah dipelajari, dapat membezakan perkara yang hak dan batil dan mudah 'membaca' isi hati orang lain dengan izinNya. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda:
"Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah."
Lalu beliau membaca: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Al Hijr: 75)
Jagalah hati.
heart emoticon
10-04-16 ; 11:41
Ilmu sains dan sastera itu duniawi,
Ilmu duniawi itu diambil suku sahaja yang penting sahaja untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan sehari-hari.
Yang perlu diterapkan dalam hati adalah ilmu syariat dan kerohanian kerana itu ilmu ukhrawi agar kamu peroleh kesenangan syurga Illahi yang kekal abadi.
12-04-16 ; 12:01
Ilmu bermanfaat.
"Aku share ilmu goreng ayam tu manfaat apa..mana tahu ada orang tak pandai goreng ayam, haaa.."
Ya. Betul. Bagus ilmu tu. Apa sahaja yang baik itu adalah yang ada manfaat kepada diri dan masyarakat setempat.
Tapi...ilmu itu lebih bermanfaat bila mana ilmu itu manfaatnya untuk dua kehidupan iaitu dunia dan akhirat.
Boleh 'share' apa sahaja yang baik kepada umum asalkan bijak menyeimbangkan dua manfaat ini, sebaiknya lebihkan la manfaat untuk akhirat. Ketahuilah bahawa, ilmu dunia hanya manfaat dunia, tapi ilmu akhirat manfaat kedua-duanya. Kelak yang akan kamu bawa nanti adalah 4 perkara iaitu: sedekah jariah, amal sholeh, doa anak yang sholeh dan ilmu bermanfaat.
12-04-16 ; 11:37
Hati manusia bercahaya dengan adanya Ilmu. Cahaya Ilmu itu sahaja yang dapat memandu kamu ke arah yang tepat dan jitu.
Ilmu dalam Islam itu sangat luas.
Antaranya:
1: Syariat
- soal perkahwinan, perniagaan, adab-adab, sirah, tajwid, makhraj bacaan, akidah, tauhid, rukun2..
Antaranya:
1: Syariat
- soal perkahwinan, perniagaan, adab-adab, sirah, tajwid, makhraj bacaan, akidah, tauhid, rukun2..
2: Kerohanian (Tarekat, Hakikat ,Makrifat, Kasyaf, Karomah)
-soal maqam-maqam kerohanian yang mempunyai beberapa tingkatan, penyucian hati & banyak lagi..
-soal maqam-maqam kerohanian yang mempunyai beberapa tingkatan, penyucian hati & banyak lagi..
Syariat (perbuatan) dan kerohanian perlulah berdiri sekali agar tidak runtuh tauhid Illahi.
11-04-16 ; 11:03
Islam itu agama perjuangan.
Kini, pelbagai aliran pemikiran serata dunia akan agama Islam. Islam sendiri cetus perang melalui pendapat yang berbeza-beza. Bagaimana bukan Islam mahu membenarkan Islam??
Politik itu sebahagian dari agama Islam kerana Islam itu universal dalam berbagai cabang dan bidang. Namun, hendaklah kamu tahu dalam perjuangan itu jangan pula sampai mencetuskan permusuhan dan bertelagah pendapat sesama kamu yang seagama. Jangan pula kita berjuang sehingga syariat sendiri lupa diperhati akan kualiti. Jika kamu mendengar mana-mana aliran pemikiran, kamu dengarlah tapi input yang didengar itu perlulah ditapis dan dirujuk kepada dua sumber yang tiada dusta selamanya iaitu Al-Quran dan Hadis yang telah kamu pegang utuh hingga kini. Jangan memusuhi kerana pendapat dari aliran pemikiran yang berbeza, lihat dahulu kualiti syariat sendiri yang masih banyak lubang-lubang yang belum dibaiki.
Yang akan dihisab dahulu adalah tanggugjawab diri kemudian tanggugjawab diri terhadap masyarakat.Perlulah seimbang dalam perkara ini, jangan taksub perjuangan, syariat sendiri tidak perbaiki. Aliran pemikiran yang berbeza ni, sebenarnya yg mereka ubah itu adalah dasar hukum dan perundangan dalam perkara-perkara ibadah yang termaktub dalam Al-Quran. Sebab tu lah perlu berhati-hati bila dengar mana-mana syarahan bab muamalat dan perkara ibadah lain. Lain kita amal nanti, lain pulak akidah kita. Yang nak disoal atas sirat pos pertama itu soal keimanan(aqidah). Tersalah hukum lari dari sumber Al-Quran, terpesong aqidah. Aqidah yang benar itu adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni).Puak yg punya aliran pemikiran berbeza ni, bukan sekadar nak pesong hukum syariat ja tapi selain syariat misalnya soal kerohanian iaitu tarekat. Macam2 hal yg tak sepatutnya ada dalam sesuatu perkara tu diadakan.menyimpang dari sunnah nabi dan sumber Al-Quran itu sendiri.hmm
#checkdiri💎
12-4-16 ; 09:32
Kisah Pelajar dan Maths 'Musuh ketat' menjadi
'Teman rapat'. Hehe
Budak Tuisyen: Cikgu, jangan bukak lagu. Tengah syiok kira ni...(sampai tertunduk).
Cikgu: Ada ku kesah... (Dlm hati). Hihihi
Pelajar...
1:Baca soalan...
2:Tengok figure (bagi soalan ada figure)
3:Blurr..toing..toing.. ???
1:Baca soalan...
2:Tengok figure (bagi soalan ada figure)
3:Blurr..toing..toing.. ???
Apa yg ku nampak pelajar sukar faham Maths sebab tak tau mana nak mula dulu dan tak tau mana formula nak guna.Ok ikut langkah di bawah:
√ Maths kena kreatif, fikir, faham bukan HAFAL.
√ Ingat topik. Sebab various topics in quest.paper.Kalau kita tahu topik untuk satu-satu soalan tu then kita tau soalan tu hanya berkaitan method and formula in that topic only!
(PENTING)
√ Buat semua solution steps!
√ Formula pendek-pendek tu please memorize ok.
√ Ingat topik. Sebab various topics in quest.paper.Kalau kita tahu topik untuk satu-satu soalan tu then kita tau soalan tu hanya berkaitan method and formula in that topic only!
(PENTING)
√ Buat semua solution steps!
√ Formula pendek-pendek tu please memorize ok.
Moga berjaya. smile emoticon
#biladahtererlajujabuat.bagusss
#biladahtererlajujabuat.bagusss
"Expert A+ in Mathematics"
11-04-16 ; 19:04
Peniaga dan pelanggan punya hak yang setaraf.√
Peniaga tidak boleh memaksa keras pelanggan membeli produk mereka jika mereka tidak berkehendak. Mereka juga berhak membuat perbandingan harga dan kualiti untuk membeli sesuatu barangan. Pelanggan juga tidak perlu kecam atau memburuk-burukan produk perniagaan peniaga. Mereka juga mencari rezeki yang halal dan berkat disisi Illahi. Jaga perkataan dan tindakan barulah keduanya dihormati dan disayangi.
Penting memiliki tolerasi tinggi dalam sebarang perniagaan kerana ia melibatkan lebih dari satu atau dua pihak. Perniagaan bukan untuk meledak permusuhan tapi untuk saling membantu setiap permasalahan.√
"Have respectation while both have
rights."
14-04-16 ; 10:31
Adat dan Agama?
Kebanyakan orang sekarang mengutamakan adat dari agama. Adat ni bukan adat melayu sahaja yang dikutip tetapi adat seluruh kaum: Jepun, Korea, Hindustan, Mat salih dan sebagainya. Agama sudah dianggap sebagai rujukan kedua bagi mereka. Sebelum melaksanakan sesuatu majlis, misalnya dimulai dan diakhiri dengan bacaan doa dan mematuhi adab-adab Islam yang ditetapkan sehingga selesai majlis. Hendaklah mengutamakan agama dahulu ya kerna agamalah yang kamu hendak perjuangkan dan utamakan di atas muka bumi ini tidak kira dalam perkara kecil mahupun besar. Kerana agamalah yang bakal kamu bawa jawapannya ke akhirat bukan bawa adat.
Hidup bukan kerana Melayu tapi kerana ISLAM.√
14-04-16 ; 10:04
Dunia itu ibarat hujung jari yang dicelupkan di dalam lautan. Bila diangkat jari itu, air yang melekat pada jari itu adalah dunia, lautan itu adalah akhirat. Betapa luasnya akhirat dari dunia. Orang mukmin itu sendiri mampu lihat kedua-dua kehidupan ini dari sudut yang sangat berbeza. Jadi, jika kamu tak dapat apa yang kamu kehendaki misalnya harta banyak, pujian orang dan sebagainya, tak usah risau kerana tidak peroleh di sini, kamu peroleh kesemuanya di akhirat yang luas dengan syarat "Redha dan Sabar" akan setiap ketentuanNya. Yakin akan janji-janji Maha Besar. Janji manusia itu mudah dimungkiri, janji Allah itu pasti.√
14-04-16 ; 09:19
ISTIDRAJ.
1-Tak solat tapi exam cemerlang
2-Tak solat tapi gaji berlipat-lipat
3-Tak tutup aurat tapi bisnes meningkat
4-Tak bayar zakat tapi selalu naik pangkat
5-Tak puasa tapi rumah dua tiga
6-Derhaka ibu ayah tapi duit beribu-ribu
7-Tak taat suami tapi hidup bahagia tiada henti
2-Tak solat tapi gaji berlipat-lipat
3-Tak tutup aurat tapi bisnes meningkat
4-Tak bayar zakat tapi selalu naik pangkat
5-Tak puasa tapi rumah dua tiga
6-Derhaka ibu ayah tapi duit beribu-ribu
7-Tak taat suami tapi hidup bahagia tiada henti
Hati-hatilah, setiap pemberian nikmat Allah atas kelalaian perintah wajib kamu terhadap Rabbmu yang tidak kamu laksanakan adalah sebagai istidraj. Semakin angkuh terhadap Allah, semakin ditambah nikmat dan kelebihan yang tiada keredhaaan di dalam setiap satunya. Ketahuilah, Allah sedang murka kepadamu.
14-04-16 ; 08:53
Berkata lemah lembut bukan manusia yang punya sosok lemah tapi manusia yang punya sosok hati dan fikiran yang tajam dan kuat menghadapi situasi kehidupan. Kerana apa? Kerana manusia sebegini yang memandu hati dan fikirannya adalah yang Maha Hebat, Allah Azza Wajalla. Hasilnya, setiap perkataan dan tindakan itu yang baik dan berkualiti tinggi.
Sebaliknya berkata penuh kasar dan memberontak, pada hakikatnya manusia itu sebenarnya punya sosok hati dan fikiran yang sangat lemah. Kerana apa?
Kerana manusia sebegini yang memandu hati dan fikirannya ialah Syaitan dan sekutunya. Hasilnya, setiap perkataan dan tindakan itu yang buruk dan hina.
"Api vs air, api pasti kalah".
14-04-16 ; 11:47
Cukuplah punya rumah kecil janji selamat,
Cukuplah punya kenderaan kancil janji boleh jalan-jalan market,
Cukuplah punya pakaian murah janji menutup aurat,
Cukuplah punya jawatan rendah janji rendah hati,
Cukuplah punya makan/minum seadanya janji halal dan diberkati,
Cukuplah punya Allah di hati, janji dikasihi dan dipeduli..💎
Cukuplah punya kenderaan kancil janji boleh jalan-jalan market,
Cukuplah punya pakaian murah janji menutup aurat,
Cukuplah punya jawatan rendah janji rendah hati,
Cukuplah punya makan/minum seadanya janji halal dan diberkati,
Cukuplah punya Allah di hati, janji dikasihi dan dipeduli..💎
Tapi..apakah punya cukup ilmu kepada amal untuk kehidupan ukhrawi?
Tanya hati, terjawablah nanti.✨
Tanya hati, terjawablah nanti.✨
14-04-16 ; 13:50
Harta? Aku tak kisah.
Yang aku kisah, jika tiada ilmu, diri mudah gelabah tak menentu, syariat terganggu, nurani dibelenggu.
Yang aku kisah, jika hilang kasih sayang Illahi, keselamatan dan kesihatan yang Dia beri selama ini. Syukur saja jika Dia masih mempeduli dan mengasihi...✨
Yang aku kisah, jika tiada ilmu, diri mudah gelabah tak menentu, syariat terganggu, nurani dibelenggu.
Yang aku kisah, jika hilang kasih sayang Illahi, keselamatan dan kesihatan yang Dia beri selama ini. Syukur saja jika Dia masih mempeduli dan mengasihi...✨
Nikmat Allah itu sangat banyak, antaranya:
1:Kasih sayang Allah
2:Kesihatan
3:Keselamatan
4:Ketajaman akal dan hati
5:Kekuatan jiwa
6:Kejayaan
7:Kebahagiaan
8:Kemuliaan akhlak
9:Rezeki
10:Urusan/Kerja dipermudahkan
11:Iman/Islam
12:Umur
2:Kesihatan
3:Keselamatan
4:Ketajaman akal dan hati
5:Kekuatan jiwa
6:Kejayaan
7:Kebahagiaan
8:Kemuliaan akhlak
9:Rezeki
10:Urusan/Kerja dipermudahkan
11:Iman/Islam
12:Umur
Nikmat yang paling berharga ialah Iman/Islam, umur, kesihatan, keselamatan dan kasih sayang Allah. Jangan sampai kita hilang kasih sayang Allah, kelak segala nikmat lain yang diperolehi adalah yang tiada guna kepada diri.
15-04-16 ; 14:02
Bismillahirrahmanirrahim,
Moga hari ini dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, tabah menghadapi ujianNya, diberi kekuatan dan ketajaman akal dan hati, diberi akhlak mulia, sihat, selamat, berjaya, ceria, diberkati dan dirahmati Allah.
Mulakan dan akhiri setiap urusan hidup dengan taubat, doa, zikir dan selawat serta ikhlas, sabar, syukur, rendah hati dan tawakkal.
Kebahagiaan sebenar adalah hati yang peroleh ketenangan. Hati yang tenang dan bersih, menjadi pusat tumpuan para Malaikat di langit. Malaikat sentiasa mengikuti dalam erti kata melindungi setiap gerak langkah kamu dari musibah dan kejahatan manusia lain terhadap diri kamu. Namun, jika berlaku juga sesuatu yang buruk menimpa diri kamu, itu adalah takdir yang telah ditentukanNya buat diri kamu. Sebab itu kita digalakkan berwudhu setiap masa walau hendak keluar rumah, menjadikan diri kita seolah-olah sentiasa dalam keadaan solat. Malaikat akan mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kita dunia dan akhirat.
1: Tol naik? Kami 'naik minyak'. Hee. Sebab, tak leh jalan-jalan naik kereta, jadi naik kereta api jelah, ke kereta api pun ada stesen tol??
2: Cadangan kami, kalkulator patut dicipta secara pantulan suara iaitu CalcVoice.
Tanya 1x1 kat screen calculator, terus bagitau =1. Hehe. Boleh ke camtu? Apa pendapat??
Tanya 1x1 kat screen calculator, terus bagitau =1. Hehe. Boleh ke camtu? Apa pendapat??
15-04-16 ; 15:54
Kau ada rumah,
Ruang lepas sendu dan lelah.
Kau ada makanan/minuman,
Janji kenyang, asal jangan siuman.
Kau ada kerja,
Asalkan tak duduk saja.
Kau ada kenderaan,
Tak risau nak jalan-jalan.
Kau ada pakaian,
Penuh manik dan berlian.
Kau ada ibu ayah disisi,
Duit poket mereka beri.
Kau ada emas mutiara,
Kalau gadai berjuta-juta.
Kau ada suami/isteri yang setia,
Curahan kasih setiap masa.
Kau ada sahabat Wechat,
Tak jemu bagi nasihat.
Kau ada ilmu bermanfaat,
Suka sebar walau setiap saat..
Ruang lepas sendu dan lelah.
Kau ada makanan/minuman,
Janji kenyang, asal jangan siuman.
Kau ada kerja,
Asalkan tak duduk saja.
Kau ada kenderaan,
Tak risau nak jalan-jalan.
Kau ada pakaian,
Penuh manik dan berlian.
Kau ada ibu ayah disisi,
Duit poket mereka beri.
Kau ada emas mutiara,
Kalau gadai berjuta-juta.
Kau ada suami/isteri yang setia,
Curahan kasih setiap masa.
Kau ada sahabat Wechat,
Tak jemu bagi nasihat.
Kau ada ilmu bermanfaat,
Suka sebar walau setiap saat..
Tapi ada tak Allah di hati?
Apakah kau sedar semua Dia yang beri?
Apakah akan terjadi jika tiada Dia di hati? Jangan pernah tinggi diri kelak Dia murkai, kau lagi tidak dipeduli.
Apakah kau sedar semua Dia yang beri?
Apakah akan terjadi jika tiada Dia di hati? Jangan pernah tinggi diri kelak Dia murkai, kau lagi tidak dipeduli.
16-04-16 ; 16:46
Tutuplah aurat sebelum auratmu ditutup sepenuhnya.
Solatlah dibelakang Imam sebelum kamu disolatkan di hadapan Imam.
Taatlah ibu bapamu sebelum mereka pergi selamanya.
Jagalah 'perkataan dan perbuatan' jika bimbang tercampak Neraka Jahannam.
Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Melihat.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Melihat.
17-04-16 ; 10:05
Orang Miskin dan Orang Kaya.
Orang miskin dunia hingga akhirat adalah yang kaya harta dan wanita.
Punya emas beratus karat namun enggan berzakat,
Punya isteri empat namun melepas tanggugjawab.
Manakala, orang kaya dunia hingga akhirat adalah yang kaya ilmu dan akhlaknya. Semakin tinggi ilmu, semakin rendah hatinya.
Tambah ilmu, perbaiki akhlak.√
Siapa orang hebat?
Orang hebat..
Bukan pada harta, kaya berjuta-juta
Bukan pada rupa, tampan dan jelita
Bukan pada nama, megah rata dunia
Bukan pada kata berbunga, tiada satu guna,
Tapi..
ilmu yang ada, perjuangkan agama kerana itu matlamat hidup manusia.
11-04-16 ; 21:25
Perkataan yang baik.
Manusia berilmu memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah jika akhlaknya terpuji.
Lihatlah ramai di luar sana, sebahagian golongan berilmu yang memiliki kekurangan jasmani namun hujah mantap mereka membuat manusia rupawan dan hartawan menyembah sujud ke lantai bumi dek khilaf diri yang tersembunyi. Hidayah itu milik Allah, perkataan yang baik akan melahirkan suatu tindakan yang terpuji.
✨
17-04-16 ; 20:06
Kerana sebungkus air?
Situasi yang kita lihat hari ini, sebahagian suami/isteri itu suka mengaibkan pasangan tidak kira waktu dan tempat misalnya di gerai jalanan, pasar raya dan sebagainya. Kerana sebungkus air yang tersalah order, mula bengis tunjuk terer. Ingat ya, suami/isteri itu adalah pakaian kamu. Suami adalah siapa isteri, isteri adalah siapa suami. Islam memandang tinggi kedudukan wanita, jangan jadikan wanita/isteri sebagai alas kaki tapi jadikanlah mereka sebagai teman di hati hingga ke Syurga Illahi. In shaa Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





