Tuesday, 19 April 2016

Pilih dunia hati merana.

Pilih akhirat hati bahagia.


Hidup di dunia jika berlandaskan kehendak hati pasti akan melemahkan hakikat diri manusia itu sendiri. Manusia diciptakan lemah, bila mana hidup mengikut kehendak hati, segala tindakan tiada peroleh sebarang manfaat kepada diri mahupun orang lain. Sebaliknya, jika hidup di dunia berlandaskan keimanan diri dan bermatlamat akhirat, setiap tindakan pastilah yang membawa nilai positif kepada diri dan orang lain.
Jika masih memegang dunia di hati, segala kelebihan orang timbul iri dan dengki, orang punya rantai emas sehingga ke kaki, kita juga mahu memiliki. Orang punya rumah sebesar padang kawad kaki, kita juga mahu memiliki. Akhir sekali, hidup penuh resah dan lemah kerana tidak setanding kemampuan diri untuk memiliki kehendak hati. Lepaslah dunia dihati, tapi letaklah akhirat selamanya di hati. Pabila memegang akhirat di hati, segala kelebihan orang di duniawi tidak lagi menjadi bualan di hati. Orang punya apa pun tidak 
lagi dipeduli kerana itu semua bakal lenyap tak lama lagi, yang kekal itu ilmu yang dicari untuk ukhrawi yang menjamin kekayaan hakiki. Hati tenang (bahagia) kerana tiada yang membebani. 

💖
15-04-16 ; 13:09






No comments:

Post a Comment