Tuesday, 19 April 2016

Islam itu agama perjuangan.

Kini, pelbagai aliran pemikiran serata dunia akan agama Islam. Islam sendiri cetus perang melalui pendapat yang berbeza-beza. Bagaimana bukan Islam mahu membenarkan Islam??
Politik itu sebahagian dari agama Islam kerana Islam itu universal dalam berbagai cabang dan bidang. Namun, hendaklah kamu tahu dalam perjuangan itu jangan pula sampai mencetuskan permusuhan dan bertelagah pendapat sesama kamu yang seagama. Jangan pula kita berjuang sehingga syariat sendiri lupa diperhati akan kualiti. Jika kamu mendengar mana-mana aliran pemikiran, kamu dengarlah tapi input yang didengar itu perlulah ditapis dan dirujuk kepada dua sumber yang tiada dusta selamanya iaitu Al-Quran dan Hadis yang telah kamu pegang utuh hingga kini. Jangan memusuhi kerana pendapat dari aliran pemikiran yang berbeza, lihat dahulu kualiti syariat sendiri yang masih banyak lubang-lubang yang belum dibaiki.
Yang akan dihisab dahulu adalah tanggugjawab diri kemudian tanggugjawab diri terhadap masyarakat.Perlulah seimbang dalam perkara ini, jangan taksub perjuangan, syariat sendiri tidak perbaiki. Aliran pemikiran yang berbeza ni, sebenarnya yg mereka ubah itu adalah dasar hukum dan perundangan dalam perkara-perkara ibadah yang termaktub dalam Al-Quran. Sebab tu lah perlu berhati-hati bila dengar mana-mana syarahan bab muamalat dan perkara ibadah lain. Lain kita amal nanti, lain pulak akidah kita. Yang nak disoal atas sirat pos pertama itu soal keimanan(aqidah). Tersalah hukum lari dari sumber Al-Quran, terpesong aqidah. Aqidah yang benar itu adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni).Puak yg punya aliran pemikiran berbeza ni, bukan sekadar nak pesong hukum syariat ja tapi selain syariat misalnya soal kerohanian iaitu tarekat. Macam2 hal yg tak sepatutnya ada dalam sesuatu perkara tu diadakan.menyimpang dari sunnah nabi dan sumber Al-Quran itu sendiri.hmm

12-4-16 ; 09:32

No comments:

Post a Comment