Berkata lemah lembut bukan manusia yang punya sosok lemah tapi manusia yang punya sosok hati dan fikiran yang tajam dan kuat menghadapi situasi kehidupan. Kerana apa? Kerana manusia sebegini yang memandu hati dan fikirannya adalah yang Maha Hebat, Allah Azza Wajalla. Hasilnya, setiap perkataan dan tindakan itu yang baik dan berkualiti tinggi.
Sebaliknya berkata penuh kasar dan memberontak, pada hakikatnya manusia itu sebenarnya punya sosok hati dan fikiran yang sangat lemah. Kerana apa?
Kerana manusia sebegini yang memandu hati dan fikirannya ialah Syaitan dan sekutunya. Hasilnya, setiap perkataan dan tindakan itu yang buruk dan hina.
"Api vs air, api pasti kalah".
14-04-16 ; 11:47
No comments:
Post a Comment