Ilmu bermanfaat.
"Aku share ilmu goreng ayam tu manfaat apa..mana tahu ada orang tak pandai goreng ayam, haaa.."
Ya. Betul. Bagus ilmu tu. Apa sahaja yang baik itu adalah yang ada manfaat kepada diri dan masyarakat setempat.
Tapi...ilmu itu lebih bermanfaat bila mana ilmu itu manfaatnya untuk dua kehidupan iaitu dunia dan akhirat.
Boleh 'share' apa sahaja yang baik kepada umum asalkan bijak menyeimbangkan dua manfaat ini, sebaiknya lebihkan la manfaat untuk akhirat. Ketahuilah bahawa, ilmu dunia hanya manfaat dunia, tapi ilmu akhirat manfaat kedua-duanya. Kelak yang akan kamu bawa nanti adalah 4 perkara iaitu: sedekah jariah, amal sholeh, doa anak yang sholeh dan ilmu bermanfaat.
12-04-16 ; 11:37
No comments:
Post a Comment