Jangan umpat sesama sendiri
Syariat sudah diberi
Mengapa tak ikuti?
Di mana letaknya hati?
Hidupkan hati yang jelas telah mati.
Allah hanya menyertai orang-orang yang menyucikan hati. Bila mana hati bersih, doa itu lebih tajam. Doa yang terus terangkat tanpa dibatasi iaitu doa seorang ibu, doa seorang musafir, doa ketika perang dan doa orang yang dizalimi. Ketahuilah bahawa bila mana orang yang dizalimi itu meminta kepada Allah kelak musibah Allah itu menimpa penzalim secara tunai di dunia ini. Manakala di akhirat kelak, ditahan di atas sirat di gardu (pos) ke 7 iaitu persoalan tentang hubungan manusia sesama manusia tika di dunia. Jika manusia tidak berjaya di sini, pintu jahannam sedia menerima manusia untuk diseksa derita. Baikilah hubungan kita sesama sendiri, jangan menghukum, kerana kamu itu siapa? Kamu juga manusia yang punya khilaf diri. Yang berhak itu hanyalah Dia yang Maha Agung lagi Maha Suci.
10-04-16 ; 24:11
No comments:
Post a Comment